Pengenalan Kelestarian

 

FELCRA Berhad merupakan sebuah Badan Korporat yang bertanggungjawab untuk meningkatkan taraf sosial masyarakat peserta serta penduduk luar bandar. Berbekalkan kemahiran di dalam bidang pengurusan ladang dan aktiviti-aktiviti teras, FELCRA Berhad telah menguruskan ladang dengan keluasan 257,078 Hektar yang terdiri daripada ladang kelapa sawit, ladang getah dan sawah padi. Namun demikian, pengurusan FELCRA Berhad lebih tertumpu kepada pengurusan ladang kelapa sawit.

Kelapa sawit merupakan salah satu tanaman utama yang dapat menjana ekonomi negara. Ini kerana minyak sawit merupakan salah satu daripada 17 minyak sayuran utama yang diperdagangkan di pasaran global. Bagi memastikan perniagaan FELCRA Berhad di dalam pengurusan ladang kelapa sawit terus teguh dan dapat dipasarkan di peringkat antarabangsa, FELCRA Berhad telah  mengambil inisiatif dengan menubuhkan Kumpulan MSPO pada Jun 2017.

Kumpulan Kelestarian merupakan sebuah kumpulan pengurusan di dalam FELCRA Berhad yang bertanggungjawab untuk menguruskan perlaksanaan Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) bagi semua ladang dan kilang sawit yang berada di bawah pengurusan FELCRA Berhad.