Polisi Privasi

PEMBERITAHUAN PENGUATKUASAAN
AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2010 (AKTA 709)

1. Bagi mematuhi Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“PDPA”), FELCRA BERHAD (432483U) (FELCRA) ingin memberitahu bahawa sebarang pengumpulan dan penggunaan data peribadi anda seperti Nama, Nombor Kad Pengenalan, Nombor Telefon, Alamat Rumah beserta Alamat E-mel dan lain-lain yang terdapat di dalam kontrak, perjanjian termasuk apa-apa maklumat tambahan yang mungkin anda berikan kemudian yang akan digunakan dan sedang diproses oleh atau bagi pihak FELCRA untuk tujuan/memeterai perjanjian bagi menjalankan perniagaan dan jika perlu menzahirkan data peribadi tersebut kepada pihak ketiga bagi tujuan-tujuan berikut:-

1.1 Untuk memaklumkan kepada anda mengenai produk dan/atau perkhidmatan yang akan diberikan dan apa-apa tujuan lain yang berhubung dengan penyediaan dan/atau penggunaan produk dan/atau perkhidmatan tersebut;
1.2 Untuk mengekalkan dan menyelenggara rekod dalaman;
1.3 Untuk mengesahkan identiti anda;
1.4 Untuk menghubungi anda;
1.5 Untuk bertindak balas kepada pertanyaan anda, jika ada;
1.6 Untuk membolehkan anda untuk memasuki kontrak bersama pihak kami;
1.7 Untuk menjalankan penyelidikan dan analisis;
1.8 Untuk menjalankan aktiviti-aktiviti dalaman;
1.9 Untuk menambahbaik mutu perkhidmatan kami;
1.10 Untuk menjalankan audit, siasatan atau apa-apa pertanyaan lain;
1.11 Untuk menjalankan pemasaran dan promosi;
1.12 Untuk menjalankan apa-apa prosiding undang-undang atau yang berhubungan dengan apa-apa tindakan undang-undang;
1.13 Untuk mengelakkan apa-apa perbuatan yang melanggar undang-undang;
1.14 Untuk menjalankan apa-apa tindakan yang diperuntukkan oleh undang-undang atau yang dikehendaki oleh pihak berkuasa; dan
1.15 Untuk mencapai apa-apa maksud lain yang, pada anggaran kami, perlu dan/atau munasabah dalam sesuatu keadaan itu.

2. FELCRA boleh mengumpul maklumat melalui sumber lain untuk memproses dan menilai kontrak, perjanjian dengan anda. Setelah perjanjian dimeterai, maklumat tersebut akan digunakan dalam urusan pentadbiran dan urusan lain yang berkaitan dengan anda. FELCRA boleh menyediakan dan/atau memindahkan data sedemikian, kepada

(i) mana-mana jabatan lain dalam FELCRA atau jika perlu, dengan agensi Kerajaan; Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri

(ii) agensi penguatkuasa undang-undang

(iii) pihak berkuasa kawal selia

(iv) mana-mana pembekal perkhidmatan pihak ketiga yang menyediakan perkhidmatan pentadbiran, pemprosesan data, komputer dan/atau kepada mana-mana syarikat, organisasi bagi sebarang urusan-urusan atau perkhidmatan lain yang berkaitan dengan transaksi komersial kepada FELCRA.

3. FELCRA juga akan mengumpulkan dan menggunakan data peribadi anda untuk memberikan maklumat mengenai perniagaan, aktiviti seperti acara, seminar, bengkel, persidangan dan program latihan yang dianjurkan oleh FELCRA, anak-anak syarikat, syarikat sekutu, perbadanan yang berkaitan dan/atau koperasi-koperasi yang mungkin berkaitan dengan anda.

3.1 FELCRA menghormati privasi anda dan akan memastikan bahawa data peribadi anda yang dipegang oleh pihak kami akan disimpan secara sulit dan selamat mengikut piawaian PDPA.

3.2 Untuk memudahkan pemprosesan data, anda digalakkan untuk memastikan maklumat yang diberikan kepada kami sentiasa terkini. Anda bertanggungjawab memastikan bahawa data peribadi adalah betul dan benar. Anda juga mempunyai pilihan untuk menarik balik persetujuan anda pada bila-bila masa. Jika anda ingin meminda data peribadi anda yang disimpan atau menarik balik persetujuan anda, sila hubungi pihak FELCRA. FELCRA berhak mempertimbangkan permohonan untuk meminda data peribadi sekiranya pindaan yang sedemikian adalah perlu. Sekiranya FELCRA tidak bersetuju bahawa pindaan tersebut adalah perlu, maka FELCRA akan mencatat suatu nota pada data peribadi anda yang menyatakan anda tidak bersetuju dengan maklumat data peribadi sedia ada. FELCRA berhak mengenakan yuran untuk memproses permohonan anda untuk meminda data peribadi tertakluk kepada Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 dan pihak FELCRA juga boleh menolak permohonan anda untuk meminda dengan menyatakan alasan bagi penolakan tersebut.

3.3 Dengan memeterai kontrak, perjanjian bersama kami dan dengan terus memberikan data kepada kami, anda adalah dengan ini bersetuju untuk FELCRA menggunakan data peribadi anda yang akan digunakan dengan tujuan pentadbiran, perniagaan serta perkhidmatan yang tersebut di atas yang akan kekal/tetap berkuatkuasa sehingga kontrak, perjanjian dengan FELCRA ditamatkan.