Amalan Pertanian Baik

Tanaman Berfaedah

Penanaman tanaman berfaedah atau dikenali sebagai beneficial plants yang bertujuan untuk mengawal serangga perosak tanaman sawit terutamanya ulat bungkus (bagworm) dan ulat bulu (nettle caterpillar).

Ini adalah sebahagian daripada amalan kawalan perosak bersepadu atau Integrated Pest Management (IPM) yang dapat mengurangkan kebergantungan terhadap penggunaan bahan kimia.

Penggunaan burung hantu bagi pengawalan tikus

Di antara punca kehilangan hasil di setiap ladang kelapa sawit ialah disebabkan oleh serangan tikus ke atas tandan sawit. Selain daripada racun kimia, inisiatif kawalan biologi dibuat dengan  menggunakan burung hantu (Tyto Alba) dengan pembinaan rumah burung hantu di ladang-ladang kelapa sawit FELCRA Berhad.

Penggunaan Tandan Kosong (EFB) 

Penggunaan Tandan Kosong sebagai sungkupan satu alternatif yang baik kerana mengandungi nutrient terutamanya Kalium yang tinggi dan sebahagian Phosphat dan Magnesium. Selain daripada itu, menambah kandungan organic untuk tingkatkan kesuburan tanah.

 

Kekacang Penutup Bumi

Kekacang penutup bumi ditanam di kawasan tanaman sawit pada peringkat pra-matang bagi meningkatkan kesuburan tanah, mengurangkan hakisan tanah akibat hujan serta memelihara persekitaran

 

Tanam Semula (Zero Burning) 

Pelaksanaan tanam semula telah mematuhi prinsip MSPO tanpa membuat pembakaran terbuka.