Polisi, Prinsip, Misi & Visi Kelestarian

 

Pengenalan Kelestarian

Kelestarian– Maksudnya ialah mampu mengekalkan pencapaian dan berkembang untuk mencapai tahap prestasi yang lebih baik.

Visi Kumpulan Kelestarian

Memberi kepuasan dan merialisasikan pembangunan mampan kepada pihak berkepentingan dengan matlamat kesejahteraan, persekitaran, sosial dan ekonomi secara berterusan.”

Misi Kumpulan Kelestarian

Memperkasakan pembangunan mampan di semua sektor aktiviti perniagaan  syarikat.

Meningkatkan taraf kesejahteraan pekerja dan pihak berkepentingan dengan menekankan aspek keselamatan dan kesihatan

 

Lima (5) Elemen Kelestarian

  • Sosial

Di dalam sesebuah organisasi, pihak berkepentingan merupakan antara pihak yang terpenting di dalam sesebuah organisasi. Segala tindakan yang diambil perlu dilihat dari sudut kesan positif dan negatifnya kepada pihak berkepentingan. Antara pihak berkepentingan ialah pekerja, peserta, pelanggan, pembeli dan komuniti tempatan.

  • Alam Sekitar

Sebagai sebuah konglomerat yang menjalankan perniagaan berasaskan industri perladangan, segala keputusan dan tindakan yang diambil haruslah mengambil kira kesannya terhadap alam sekitar. Antaranya ialah pelepasan gas rumah hijau (GHG), pengawalan penggunaan sumber asli dan bahan kimia serta pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.

  • Keuntungan

Pengeluaran hasil yang berkualiti dan mendapat permintaan yang tinggi di peringkat antarabangsa dapat membantu organisasi untuk mencapai keuntungan yang lebih tinggi agar perniagaan terus bertahan hingga ke masa hadapan.

  • Perkongsian 

Melaksanakan agenda melalui perkongsian global yang kukuh.

  • Kedamaian

Memupuk masyarakat yang adil dan inklusif yang aman.