Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan

MATLAMAT CAWANGAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN

 

Menjadi teras strategik Cawangan Keselamatan Dan Kesihatan Perkerjaan iaitu mengutamakan dan meningkatkan kualiti keselamatan, kesihatan dan kebajikan staf, pekerja dan pelawat di FELCRA Berhad bersandarkan kepada tiga aspek yang berikut:

  1. Budaya kerja selamat
  2. Kemalangan sifar
  3. Peningkatan kesedaran

AKTIVITI-AKTIVITI

  • KEMPEN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN DI KILANG SAWIT FELCRA BERHAD TAHUN 2019

Kempen ini diadakan sebagai usaha untuk mempromosikan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja selain daripada menerapkan budaya kerja selamat di kalangan pekerja.

Kempen tersebut telah diadakan di Kilang Sawit FELCRA Berhad Seberang Perak dan Kilang Sawit FELCRA Processing & Engineering Sdn Bhd (Bidor) pada 2-3 Disember 2019 dengan kerjasama daripada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negeri Perak.

  • KEMPEN KESELAMATAN JALAN RAYA FELCRA BERHAD TAHUN 2021

Pihak pengurusan FELCRA Berhad memandang serius keselamatan pekerja semasa pergi dan pulang dari tempat kerja. Sehubungan dengan itu, Kempen Keselamatan Jalan Raya ini diadakan untuk mempromosikan dan memupuk kesedaran berkenaan keselamatan jalan raya sekaligus dapat mencegah dan mengurangkan kadar kemalangan berkaitan kenderaan bermotor.

Kempen ini dianjurkan pada 3-7 Mei 2021 dengan kerjasama daripada Bahagian Keselamatan Jalan Raya,Jabatan Pengangkutan Jalan.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FELCRA Berhad. Majlis perasmian kempen juga dapat diikuti secara atas talian melalui medium Microsoft Teams dan Facebook Live.