FELCRA Berhad adalah Syarikat
Korporat milik Menteri Kewangan (Diperbadankan)
dibawah penyeliaan Kementerian Kemajuan Desa Dan Wilayah
Dipertanggungjawab untuk memajukan kawasan luar bandar, FELCRA Berhad membina peluang kepada masyarakat luar bandar menyertai aktiviti ekonomi demi menjana pendapatan, melalui pengwujudan sektor luar bandar yang dinamik, menarik dan menguntungkan.
224,130hektar tanah dibangunkan |
1,049Projek FELCRA
|
111,462Peserta Projek Penyatuan dan
|
33,145hektar tanah estet komersil milik
|
Kita Jaga Peserta
Kita Jaga Ladang Peserta
Kita Jaga Infrastruktur dan Kemudahan untuk Peserta
Kita Jaga Kita
Pembangunan
Usahawan
Komuniti Usahawan FELCRA Berhad meningkatkan ekonomi keluarga Peserta dengan penerapan ilmu-ilmu perniagaan agar Peserta lebih berkeyakinan, kreatif dan inovatif dalam mencapai kejayaan sebagai usahawan.
Matlamat Jaminan
Makanan Negara
Subsektor makanan pertanian menjadi tumpuan utama dalam sektor pertanian untuk mencapai agenda meningkatkan jaminan makanan Malaysia dan menjana pendapatan yang lebih tinggi bagi barisan hadapan pertanian.
Paparan MedSos
Ketua Pegawai Eksekutif FELCRA Berhad, YBhg. Dato' Idris bin Lasim berpuas hati melihat perkembangan terkini bagi Projek Kawasan FELCRA Berhad Pogoh ketika lawatan hari ini.
Sebelum itu penerangan mengenai Projek Kawasan FELCRA Berhad Pogoh telah disampaikan oleh Puan Nur Damia Khair ...binti Zakaria, Penolong Pengarah FELCRA Berhad Negeri Johor.
Felcra Berhad Negeri Johor
22 November 2024 - Pelancaran Kempen "Jom Kutip Biji Lerai" telah dirasmikan oleh YBrs Encik Mohamed Ismi Bin Abdul Majid, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif FELCRA Berhad bagi tujuan menyemarakan semangat mengutip biji lerai di Ladang-Ladang FELCRA Berhad.
Pelancaran Kempen ini ...adalah kesinambungan Program Loose Fruit Index (LFI) yang dilaksanakan pada tahun 2021, 2022 dan 2023. Program ini adalah ukuran yang digunakan dalam industri untuk menilai kecekapan penuaian dan kualiti BTS. Indek ini memberi gambaran tentang tahap kemasakan BTS dan serta kecekapan pengutipan di ladang atau semasa pengangkutan BTS ke kilang.
Peningkatan penghantaran biji lerai ke kilang diharap dapat meningkatkan OER kilang dan seterusnya membolehkan kilang mencapai keuntungan yang disasarkan bagi tahun 2025.
Pelancaran kempen ini juga dihadiri Pengarah Perkilangan & Infrastruktur, Pemangku Pengarah Perladangan, Pengarah Negeri FELCRA Berhad Pahang, pegawai-pegawai Ibu Pejabat dan Negeri serta Pengurus Kawasan Negeri Pahang.
TAHNIAH UNIT PUSAT BENIH PADI!
👏 Keunggulan yang Berterusan Sejak Tahun 2000! 👏
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Unit Pusat Benih Padi atas kejayaan mengekalkan pensijilan ISO SIRIM hingga ke hari ini. Bermula sejak tahun 2000, unit ini menjadi pionir di FELCRA ...Berhad yang menerima sijil ISO – suatu pencapaian yang luar biasa!
✨ Pengurusan FPSSB ingin mengucapkan penghargaan kepada seluruh warga kerja yang telah berusaha keras dengan dedikasi dan semangat tinggi. Anda adalah tulang belakang kejayaan ini.
💪 Komitmen dan kecemerlangan anda terus menjadi inspirasi untuk kita semua!
#KejayaanBersama #iso90012015certified #FPSSB
Seusai program di FELCRA Berhad Pogoh, YBhg. Dato; Idris bin Lasim, Ketua Pegawai Eksekutif FELCRA Berhad meluangkan masa menyantuni warga belia FELCRA Berhad Bukit Kepong dalam Pertandingan Memancing Tradisional Anjuran Persatuan Belia Kawasan Bukit Kepong yang juga merupakan acara tahunan bagi ...FELCRA Berhad Bukit Kepong.
Pertandingan tersebut telah dirasmikan oleh YBhg. Dato; Idris bin Lasim, Ketua Pegawai Eksekutif FELCRA Berhad bersama YBrs. Encik Bukhari bin Abd Latif, Pengarah FELCRA Negeri Johor dengan simbolik pelepasan ikan ke dalam kolam pancing.
Dato' Ketua Pegawai Eksekutif juga turut menyampaikan hadiah kepada pemenang ikan terberat iaitu ikan keli seberat 6 kilogram dan juga hadiah utama cabutan bertuah.
Melalui acara sebegini akan dapat meningkatkan hubungan silaturrahim antara FELCRA Berhad dan masyarakat setempat terutama kepada peserta khususnya.
Felcra Berhad Negeri Johor
Perasmian Tanam Semula telah dirasmikan oleh YBhg. Dato' Idris bin Lasim, Ketua Pegawai Eksekutif FELCRA Berhad dengan simbolik tanaman anak kelapa sawit di Projek Kawasan FELCRA Pogoh ketika dalam Lawatan Kerja Ke FELCRA Negeri Johor pada hari ini.
Beliau mengharapkan dengan tanaman ...semula ini akan dapat memberikan peningkatan pulangan kepada syarikat dan dividen peserta FELCRA.
Felcra Berhad Negeri Johor
23 NOVEMBER, POGOH - Lawatan Kerja Ke FELCRA Negeri Johor, YBhg. Dato’ Idris bin Lasim, Ketua Pegawai Eksekutif FELCRA Berhad, ke Ladang Projek FELCRA Berhad Kawasan Pogoh bagi melihat perkembangan terkini sistem perparitan dan saluran serta menilai tanaman ladang sawit.
Turut serta ...dalam lawatan tersebut YBrs. Encik Bukhari bin Abd Latif, Pengarah FELCRA Negeri Johor dan YBrs. Encik Anuar Merican bin Akhbar Merican, Pemangku Pengarah Perladangan FELCRA Berhad.
Felcra Berhad Negeri Johor
Lembu-lembu Baka Brahman yang telah dipilih di ternak secara integrasi di Ladang Sawit Estet Perdana FB, Telupid, Sandakan.
Pengurusan Penternakan Lembu Pedaging ( Integrasi )
INTEGRASI adalah merupakan bidang usaha berimput rendah (Low Input) di mana ternakan dibawa masuk untuk ...menggunakan rumpai yang terdapat di dalam ladang sebagai sumber makanan.
Selaras dengan komitmen kami, kami bersama-sama menjaga ladang dan memastikan gred buah sawit sentiasa di tahap terbaik untuk hasil yang berkualiti.
#JomKutipBijiLerai