Subsektor makanan pertanian menjadi tumpuan utama dalam sektor pertanian untuk mencapai agenda meningkatkan jaminan makanan Malaysia dan menjana pendapatan yang lebih tinggi bagi barisan hadapan pertanian.

Tumpuan merangkumi antara lain memperkukuh rantaian bekalan makanan, meningkatkan sokongan dan perkhidmatan penyampaian, meningkatkan pengetahuan dan kemahiran teknologi serta menggalakkan lagi pematuhan terhadap standard dan amalan pertanian yang baik.

Bekerjasama dengan Kerajaan dalam mencari akses pasaran baharu dan pada masa yang sama menggalakkan pelaburan ke arah memajukan ekonomi dalam pertanian.

Meneraju pemodenan dalam subsektor makanan pertanian dengan memanfaatkan Revolusi Perindustrian 4.0 (IR4.0).

Meningkatkan produktiviti, menjana pendapatan lebih tinggi dan menarik generasi muda agropreneur yang dapat menambah sumbangan nilai tambah pertanian kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Menganjakkan perubahan paradigma dalam pertanian yang tidak boleh lagi dilihat sebagai industri 3D (kotor, berbahaya, susah), dan penglibatan generasi muda menjadi perkara utama ke arah IR4.0 dan memodenkan sektor pertanian di Malaysia melalui penggunaan teknologi dan teknik terkini.