Sejarah dan Latar Belakang
FELCRA Berhad
Lembaga Pemulihan dan Penyatuan Tanah Persekutuan (FELCRA) telah ditubuhkan pada 1 April 1966 semasa Allahyarham Tun Abdul Razak Bin Dato’ Hussein menjadi Timbalan Perdana Menteri. FELCRA telah ditubuhkan di bawah satu peruntukkan undang-undang yang dikenali sebagai Akta Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan 1966.
Matlamat awal penubuhan FELCRA adalah untuk membangunkan sektor luar bandar dengan membantu mereka menyertai aktiviti-aktiviti ekonomi negara dan meningkatkan taraf hidup serta nilai kehidupan mereka melalui penglibatan masyarakat di dalam bidang pertanian.
Antara tujuan penubuhan FELCRA ketika itu ialah untuk mengatasi masalah penganugerahan tanah-tanah oleh kerajaan kepada rakyat tanpa sebarang bantuan untuk meningkatkan pendapatan masyarakat desa khususnya di dalam memajukan tanah-tanah berkenaan bagi tujuan pertanian. Selain itu, masalah pewarisan tanah-tanah oleh masyarakat desa yang keluasan tanah-tanah tersebut semakin kecil sehingga tidak ekonomik dan akhirnya tidak dapat membantu masyarakat desa di dalam meningkatkan hasil pengeluaran pertanian. Akibatnya, banyak tanah-tanah desa yang terbiar yang tidak boleh dimajukan dengan pertanian.
Selain itu, penguatkuasaan peruntukkan-peruntukkan dibawah Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) 1960 juga memainkan peranan penting di dalam pembukaan tanah-tanah desa untuk tujuan pertanian. FELCRA juga memainkan peranan pentingnya di dalam pengambilalihan rancangan-rancangan tanah kerajaan negeri yang boleh dianggap tidak berjaya dan seterusnya program-program pembangunan tanah-tanah pertanian ini diserahkan kepada FELCRA.
Objektif Penubuhan FELCRA
Objektif utama penubuhan FELCRA adalah bertujuan untuk mengurangkan masalah kemiskinan serta jurang pendapatan antara masyarakat desa dan bandar. Dalam konteks ini, FELCRA berperanan untuk mewujudkan skim pembangunan tanah-tanah pertanian di kawasan luarbandar, memberi latihan dan kemahiran kepada masyarakat desa di dalam memajukan tanah-tanah pertanian serta memperkenalkan sistem pemberian saham kepada golongan ini yang kadarnya adalah bergantung kepada keluasan tanah-tanah yang dimiliki oleh peserta.
FELCRA juga telah mewujudkan satu skim rancangan pembangunan tanah pertanian yang dikhususkan kepada golongan belia desa yang tidak mempunyai pekerjaan dan pendapatan tetap melalui Program Rancangan Tanah Belia.
Visi
Menjadi Organisasi Perusahaan Sosial Termantap (Social Enterprise Powerhouse) dalam sektor pertanian dan makanan.
Misi
- Melindungi kepentingan Peserta dari aspek ekonomi dan sosial.
- Memacu teknologi agrikultur.
- Memperjuangkan agenda Jaminan Makanan Nasional.
Piagam
- Menyediakan kemudahan asas kepada semua pusat pembangunan dengan cekap, tepat dan saksama dalam lingkungan perlaksanaan program pembangunan yang dirancangkan.
- Sentiasa patuh dan taat kepada kehendak-kehendak Organisasi, Kementerian dan Negara di dalam meningkatkan kualiti dan produktiviti ke arah Kemajuan Malaysia.
- Memberi perkhidmatan yang cemerlang, cekap, dan berkesan bagi mencapai pulangan yang maksimum terhadap pelaburan yang di buat demi kesejahteraan kumpulan sasar sejajar dengan wawasan FELCRA.
- Berusaha agar masyarakat FELCRA dibentuk menjadi dinamis, berdikari, berdaya saing, bersyukur, dan berwawasan serta membangunkan Modal Insan kami dengan adil dan saksama tanpa prasangka.
- Semua transaksi kewangan akan diselesaikan dengan betul, tepat dan cepat dengan mengeluarkan bayaran dalam tempoh 3 hari setelah pengesahan diterima oleh unit bayaran dan bersedia menyelesaikan sebarang tuntutan yang dikemukakan oleh pihak pelanggan.
Pengkorporatan FELCRA
Setelah 30 tahun FELCRA menyumbang ke arah pembangunan tanah-tanah luar bandar, pada 1 September 1997 FELCRA telah dikorporatkan dan dikenali sebagai FELCRA Berhad. Status FELCRA pada awal penubuhannya sehingga 1997, telah bertukar dari sebuah Badan Berkanun Persekutuan kepada sebuah Syarikat Korporat Milik Penuh Kerajaan (juga dikenali sebagai Syarikat Kaitan Kerajaan-GLC). Dengan penukaran status berkenaan, FELCRA telah dibolehkan untuk melibatkan diri di dalam bidang-bidang pertanian yang baru selaras dengan aspirasi pembangunan nasional.
Dengan berasaskan kepada pengalaman-pengalaman pada masa lalu, FELCRA Berhad kini sedang memperlbagaikan bidang-bidang kegiatannya melalui penyertaan FELCRA di dalam sektor perindustrian dan perkhidmatan serta bidang-bidang perniagaan yang lebih bersifat global.
FELCRA Berhad berhasrat untuk menjadi sebuah konglomerat yang berjaya disamping mencipta sektor luar bandar yang lebih dinamik, menarik dan menguntungkan selaras dengan strategi operasi yang mengimbangkan antara program yang berorientasikan keuntungan dan program obligasi sosial.
Pengkorporatan FELCRA selepas September 1997 adalah tertakluk kepada peruntukkan-peruntukkan di dalam Akta Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Negara (Penggantian dan Pembubaran) 1997.
Fungsi Dan Peranan FELCRA
Fungsi dan peranan FELCRA telah termaktub di dalam Akta Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (Akta Parlimen No. 22 Tahun 1966) iaitu FELCRA boleh untuk memulih atau membangunkan:
- Tanah–tanah melalui inisiatifnya yang sendiri
- Tanah–tanah Kerajaan Negeri melalui kelulusan yang diperolehi dari Kerajaan Negeri
- Tanah–tanah Kerajaan Negeri atas permintaan Kerajaan Negeri
- Mana–mana tanah milik Kerajaan Negeri (termasuklah tanah-tanah yang dikategorikan sebagai sebuah kawasan penempatan berkelompok), dan
- Tanah–tanah milik persendirian atas permintaan pemilik tanah dan bersetuju dengan syarat–syarat yang telah dipersetujui antara pemilik dan FELCRA
mana–mana tanah yang tidak dinyatakan di atas.
Selain dari membangun dan memulih tanah-tanah bagi tujuan pembangunan pertanian, FELCRA juga telah diberi peruntukkan tambahan lain di bawah Akta ini bagi tujuan-tujuan berikut:
- FELCRA telah diberi kuasa dan tanggungjawab bagi tujuan pemulihan dan penyatuan tanah-tanah bagi tujuan pertanian.
- Memansuhkan mana–mana fungsi dan peranannya sebagaimana yang dinyatakan diatas bagi tujuan untuk mempertingkatkan keberkesanan FELCRA di dalam program penyatuan dan pemulihan tanah-tanah sebagaimana yang telah diperuntukkan di dalam Akta.
Sejajar dengan peruntukkan undang-undang sebagaimana yang diperuntukkan di dalam Akta ini, FELCRA telah memulakan projek pembangunan tanah-tanah desa bagi tujuan pertanian. Pihak FELCRA telah memulakan program pemulihan tanah di 4 kawasan Rancangan Tanah Pinggir sebagai rancangan percubaan bagi membolehkan pihak FELCRA untuk mempelajari dan memperolehi pengalaman awalnya sebelum melaksanakan program-program pembangunan, penyatuan dan pemulihan tanah-tanah yang lain.
Rancangan pemulihan tanah yang pertama yang telah dijalankan oleh pihak FELCRA ialah Rancangan Tanah Pinggir Simpang Renggam (Kluang, Johor), Rancangan Tanah Pinggir Ayer Hitam (Kuala Pilah, Negeri Sembilan), Rancangan Tanah Pinggir Gong (Temerloh, Pahang) dan Rancangan Tanah Pinggir Kampung Rasau A (Slim River, Perak).
Konsep Pembangunan Tanah Oleh FELCRA
Di dalam perlaksanaan program pembangunan tanah, FELCRA mempunyai pendekatannya yang tersendiri. Sejajar dengan penubuhan FELCRA pada tahun 1966, konsep pembangunan tanah yang diperkenalkan oleh FELCRA adalah berbentuk pembangunan tanah yang bersepadu. Dalam konteks ini, kewujudan FELCRA tidak hanya untuk pembangunan tanah-tanah di kawasan luar bandar yang tidak produktif menjadi sebuah tanah pertanian yang produktif tetapi FELCRA juga menyumbang ke arah pembangunan sosial dan minda masyarakat luar bandar yang merupakan pemilik-pemilik tanah berkenaan yang kemudiannya dikenali sebagai peserta.
Kaedah Pembangunan Tanah
Sebagaimana yang telah dinyatakan di dalam tajuk sebelumnya, fungsi utama FELCRA adalah untuk melaksanakan program-program utama pembangunan tanah yang melibatkan aktiviti-aktiviti
- Penyatuan Tanah
Di dalam konsep penyatuan ini, pendekatan yang digunakan oleh FELCRA adalah melalui usaha penyatuan tanah dari segi pengurusan tanah-tanah bermilik yang terbiar bagi tujuan memajukan melalui perlaksanaan program pertanian yang bersepadu untuk memastikan tanah-tanah yang terlibat dengan pembangunan pertanian menjadi lebih ekonomik. - Pemulihan Tanah
Dari segi program pemulihan tanah-tanah, kegiatan utama FELCRA adalah lebih tertumpu kepada usaha bagi memajukan tanah-tanah terbiar yang terdapat di sekitar kawasan-kawasan luar bandar di Malaysia terutama sekali di kampung-kampung tradisional. Ianya adalah lebih bertujuan bagi meningkatkan pendapatan dan daya pengeluaran pemilik tanah.
Berdasarkan kepada kedua-dua kaedah pembangunan tanah yang dilaksanakan oleh FELCRA, terdapat satu lagi sistem pengurusan yang digunapakai oleh pihak FELCRA. Sistem ini dikenali sebagai “sistem saham” yang bertujuan untuk memperladangkan kawasan-kawasan pertanian secara kolektif dan meningkatkan taraf dan daya pengeluaran pekebun-pekebun kecil bagi menjadikan mereka “pemilik-pemilik atau pemegang-pemegang saham ladang” dengan berasaskan kadar pemilikan tanah masing-masing. Kaedah perlaksanaan sebegini telah mewujudkan pengurusan secara berpusat yang dikendalikan oleh FELCRA.
Program Dan Aktiviti Pembangunan Tanah FELCRA
- Pemulihan Tanah
- Rancangan Tanah Pinggir
- Penebusan Tanah-tanah Simpanan Melayu
- Rancangan Tanah Belia
- Pembangunan Kampung Secara in-Situ
- Rajang Area Security Command (RASCOM)
- Projek Keselamatan
- Rancangan Tanah Orang Asli
- Projek Rancangan Keselamatan dan Pembangunan (KESBAN)
- Pembangunan Tanah Terbiar
- Projek Penyusunan Semula Kampung-Kampung (PPSK)
- Projek Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADP) Seberang Perak
Sumbangan FELCRA Terhadap Pembangunan Ekonomi Negara
Berikut adalah sumbang FELCRA di dalam pembangunan ekonomi pertanian komersil luar bandar di Malaysia, iaitu:
- Penyelesaian Masalah Tanah Terbiar
- Penyediaan peluang pekerjaan kepada penduduk luar bandar
- Mengatasi Masalah Sosio-ekonomi Belia
- Melindungi dan Mempertahankan Keselamatan Negara
- Pembangunan dan Penyusunan Semula Kampung-Kampung
- Menggalakkan masyarakat orang Asli tidak berpindah randah
- Pembentukan Sebuah Perbandaran Moden yang berteraskan ekonomi pertanian
Konsep Program Penyatuan & Pemulihan Tanah (P&P)
Tujuan utama pembangunan tanah yang dilaksanakan oleh FELCRA Berhad adalah untuk mewujudkan asas ekonomi pertanian kepada kumpulan sasar dengan memberikan pendapatan tambahan kepada penduduk luar bandar yang mempunyai tanah terbiar, menambah pendapatan pekebun kecil dan meningkatkan taraf hidup.
Ladang-ladang P&P merupakan program obligasi sosial FELCRA Berhad yang dilaksanakan dari awal penubuhan sehingga kini. Projek-projek yang dilaksanakan di bawah program ini terletak di seluruh negara terutama di kawasan luar bandar dan kebanyakannya terdiri daripada tanah-tanah yang terbiar serta bermasalah. Cabaran dalam melaksanakan program ini adalah:
- Lot-lot tanah yang berselerak sehingga menyukarkan penyediaan infrastruktur ladang dan kawalan musuh tanaman.
- Kawasan-kawasan yang terpinggir adalah kurang membangun serta kekurangan infrastruktur. Jalan-jalan masuk, tebatan bagi banjir dan hujan juga menyukarkan pembangunan untuk dilaksanakan. Selain itu, kos-kos bagi menyediakan infrstruktur juga amat tinggi.
- Sekatan atau isu perundangan ke atas tanah-tanah yang dibangunkan disebabkan oleh kaveat dan gadaian akibat pinjaman institusi kewangan, proses menukar nama yang sulit dan prosedur premium dan cukai.
Inisiatif penyatuan dan pemulihan tanah bermasalah yang dilaksanakan dengan menyatukan tanah-tanah kelompok kecil, dipulihkan dan dibangunkan menjadi sebuah estet milik peserta pada kos pengurusan minimum iaitu hanya 6.5% sahaja telah merealisasikan aspirasi Kerajaan untuk meningkatkan taraf hidup serta kesejahteraan rakyat luar bandar.
Berdasarkan kontrak yang telah dipersetujui, individu atau institusi akan menyerahkan tanah mereka kepada FELCRA untuk dimajukan di bawah Program Penyatuan & Pemulihan Tanah (P&P) dan sebagai pulangan, mereka akan menerima pulangan dalam bentuk agihan keuntungan sebanyak 3 kali setahun.
Agihan Keuntungan Boleh Agih Tahunan Projek Penyatuan & Pemulihan Tanah
Adalah menjadi kelaziman kepada FELCRA Berhad untuk melaksanakan pembayaran keuntungan boleh agih bagi ladang-ladang yang menguntungkan di bawah program penyatuan & pemulihan tanah sebanyak tiga (3) kali setahun iaitu agihan interim suku tahun pertama, kedua dan ketiga (akhir) yang lazimnya dibayar bersempena persediaan musim persekolahan dan bayaran akhir bersempena musim perayaan.
Tentang FELCRA
Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah atau Federal Land Consolidation and Rehabilitation Authority (FELCRA) asalnya telah ditubuhkan pada tahun 1966 sebagai badan berkanun.
FELCRA dipertanggungjawab untuk memajukan kawasan luar bandar dengan membuka peluang kepada masyarakat luar bandar menyertai aktiviti ekonomi bagi menjana pendapatan.
Pada tahun 1997, FELCRA telah dikorporatkan, kini dikenali sebagai FELCRA Berhad, bertukar status daripada badan berkanun kepada sebuah entiti Syarikat Korporat milik Menteri Kewangan (Diperbadankan), dan dibawah penyeliaan Kementerian Kemajuan Desa Dan Wilayah.
Kini, FELCRA Berhad menyelusuri beberapa bidang perniagaan secara proaktif seperti perladangan, pembajaan, hartanah dan pembinaan, pendidikan dan penghasilan makanan termasuk ternakan tenusu.
Visi FELCRA Berhad adalah untuk menjadi Organisasi Perusahaan Sosial Termantap (Social Enterprise Powerhouse) dalam sektor pertanian dan makanan demi mencapai misinya, iaitu untuk menjaga kepentingan ekonomi dan sosial Para Pesertanya serta mengaplikasi agri-teknologi dalam mempelopori agenda Dasar Jaminan Makanan Negara.
Sehingga September 2022, FELCRA Berhad telah memajukan seluas 203,953.4 hektar ladang bagi pihak 107,130 orang Peserta merangkumi 1,049 Projek Penyatuan dan Pemulihan (P&P), serta 31,613.3 hektar estet milik syarikat FELCRA Berhad.
203,953.4hektar tanah dibangunkan |
1,366Projek FELCRA berjalan
|
107,130Peserta Projek Penyatuan dan
|
31,613.3hektar tanah estet komersil milik
|
Visi
Menjadi Organisasi Perusahaan Sosial Termantap (Social Enterprise Powerhouse) dalam sektor pertanian dan makanan.
Misi
- Melindungi kepentingan Peserta dari aspek ekonomi dan sosial.
- Memacu teknologi agrikultur.
- Memperjuangkan agenda Jaminan Makanan Nasional.
Objektif
- Meningkatkan kualiti hidup kumpulan sasar iaitu Masyarakat Peserta dan juga Warga Kerja FELCRA Berhad.
- Memperbaiki tahap produktiviti melalui kecekapan dan teknologi pengurusan yang terkini.
- Mempertingkatkan ekonomi nilai tambah Syarikat.
- Memberi nilai pulangan yang tinggi ke atas ladang-ladang yang dibangunkan.
Piagam
- Menyediakan kemudahan asas kepada semua pusat pembangunan dengan cekap, tepat dan saksama dalam lingkungan perlaksanaan program pembangunan yang dirancangkan.
- Sentiasa patuh dan taat kepada kehendak-kehendak Organisasi, Kementerian dan Negara di dalam meningkatkan kualiti dan produktiviti ke arah Kemajuan Malaysia.
- Memberi perkhidmatan yang cemerlang, cekap, dan berkesan bagi mencapai pulangan yang maksimum terhadap pelaburan yang di buat demi kesejahteraan kumpulan sasar sejajar dengan wawasan FELCRA.
- Berusaha agar masyarakat FELCRA dibentuk menjadi dinamis, berdikari, berdaya saing, bersyukur, dan berwawasan serta membangunkan Modal Insan kami dengan adil dan saksama tanpa prasangka.
- Semua transaksi kewangan akan diselesaikan dengan betul, tepat dan cepat dengan mengeluarkan bayaran dalam tempoh 3 hari setelah pengesahan diterima oleh unit bayaran dan bersedia menyelesaikan sebarang tuntutan yang dikemukakan oleh pihak pelanggan.
Pencapaian Penting
-
1966
Penubuhan FELCRA
- Pengumuman Akta Federal Land Rehabilitation & Consolidation Authority (Incorporation) 1966
-
1970
Rancangan Tanah Belia
- 982 Hektar
- 1,168 Peserta
-
1976
Rancangan Orang Asli (ROA)
- 6,247 Hektar
- 2,449 Peserta
-
1978
Rancangan Pembangunan Setempat
- Penyertaan 3 kampung di negeri:
– Kelantan
– Terengganu
– Kedah
- Penyertaan 3 kampung di negeri:
-
1981
Projek Pembangunan Bersepadu Seberang Perak
- Padi: 4,130 Hektar
- Penempatan: 742 hektar
- 1,274 Peserta
-
1982
Projek Keselamatan dan Pembangunan (KESBAN)
- Sempadan Malaysia-Thailand (Kelantan)
- 9,268 ekar
-
1986
Program Penyusunan Semula Kampung (PPSK)
- 2,444 PPSK (16 lokasi)
- Harga rumah antara RM8,000 to RM115,000
- 12,220 Peserta
-
1997 - Sekarang
Pengkorporatan FELCRA
- > 1,100 projek
- Jumlah Tanah Dibangunkan: 250,195 Hektar
- > 110,000 Peserta
- Kepelbagaian bisnes di dalam sektor teknologi agrikultur, pembangunan hartanah dan pendidikan