Pelaksanaan Program Obligasi Sosial Syarikat

Walaupun FELCRA telah dikorporatkan pada 1997, namun fungsi dan peranan FELCRA masih dikekalkan demi kemajuan ekonomi bagi masyarakat luar bandar meskipun dunia sedang menghadapi era globalisasi selaras dengan perkembangan semasa. Oleh itu, keperluan permodenan masyarakat tani luar bandar adalah perlu bagi memastikan sumber luar bandar dan tahap sosio-ekonomi masyarakat desa dapat ditingkatkan dan dimajukan.

Di dalam perjanjian Pengkorporatan FELCRA Berhad tahun 1997 menyatakan FELCRA Berhad wajib menyalurkan peruntukan sebanyak RM4.3juta setiap tahun untuk melaksanakan aktiviti obligasi sosial kepada warga peserta berdasarkan informasi berikut:

Program Obligasi sosial yang dilaksanakan oleh FELCRA Berhad adalah selaras dengan tuntutan falsafah pembangunan luar bandar serta untuk memenuhi keperluan,faedah dan kebajikan kumpulan sasar dalam usaha meningkatkan kualiti hidup.

Selain itu, tanggungjawab Sosial Korporat FELCRA Berhad dilaksanakan dengan berteraskan dua fokus utama iaitu :

  1. Memberikan penekanan terhadap pembangunan fizikal iaitu infrastruktur dan kemudahan asas
  2. Memfokuskan kepada pembangunan modal insan dari sudut kepimpinan dan peningkatan kemahiran

Kumpulan Hal Ehwal Peserta melaksanakan tanggungjawab sosial dengan membahagikan aktiviti perkhidmatan kepada empat bahagian utama pengurusan iaitu Bahagian Pengurusan dan Perhubungan Peserta, Bahagian Pengurusan Sumber Sosio Ekonomi Peserta, Bahagian Pengurusan Keusahawanan dan Bahagian Pengurusan Institusi.